Wednesday, June 23, 2010

LAGI CADAR 100% COTTON



Dipersembahkan di sini dua lagi design cadar 100% cotton, yang merupakan kesinambungan pada versi dalam posting sebelum ini.

Corak-coraknya memang cantik giler.

Harganya pula, RM55 sahaja... memang murah giler kalau nak dibandingkan dengan kualitinya.

Tengok-tengoklah dulu... kemudian pesanlah satu ke, dua ke, tiga ke...lagi banyak lagi murah. Dah tu boleh la belek puas-puas. Mesti tak ralat punya!

Thursday, June 17, 2010

100% COTTON


Bagi peminat-peminat cadar cotton, kemunculan cadar yang kat dalam gambar ni merupakan sesuatu yang dinanti-nanti. Diperbuat daripada fabrik cotton 100 peratus, ia baru saja memasuki pintu setor pertengahan minggu lalu.

Muncul bersama rekacorak-rekacorak yang menarik, cadar ini dijual dengan harga RM55/set. Kalau nak murah, beli banyak-banyak sebab harga borong boleh dirunding.

Monday, June 7, 2010

KAMI MESRA ALAM, ANDA MESRA CADAR

Ada juga kawan bertanya, kenapa tulisan dalam posting di blog ni macam tak serius aje?
Jawapannya, memang itu pendekatan yang kami pilih. Kami percaya humor adalah penawar paling mujarab bagi banyak jenis 'penyakit'.

Apabila bercakap mengenai cadar, secara tak langsung kita sebenarnya bercakap mengenai keceriaan. Kita bersusah payah membeli cadar baharu bukanlah semata-mata untuk dijadikan pengalas belakang, tetapi juga untuk membangkitkan suasana berseri dan ceria di bilik atau di mana juga cadar itu digunakan.

Jadi sedikit sebanyak, dengan pendekatan penulisan secara humor dalam posting-posting kami, keceriaan itu dapat dicetuskan.

Lagi pun dalam perniagaan, muka tak boleh masam walaupun yang kita jual mungkin asam dan cuka padi. Malah, time sakit gigi pun, kalau boleh kena maniskan muka juga.
Jangan jadi macam sesetengah peniaga, kita melangkah masuk kedai, disambutnya dengan muka macam baru lepas kena maki dengan emak mentua.

Kami tak mahu tiru perangai tu. Kami nak mesra alam. Semoga dengan cara itu semua pengunjung blog ini dan pelanggan kami akan kekal menjadi 'mesra cadar'....

CADAR INI DAN ABANG MISAI

"Tak nak cadar bunga- bunga la...nanti nampak macam anak dara,' begitu kata seorang mamat bermisai tebal bila diunjukkan cadar single berbunga besar. (Ala, yang dalam posting sebelum ini).
'Apa salahnya ambik satu, present kat awek."
"Kalau nak present kat awek, tak cukup satu. Kena beli banyak."
"Kenapa? Awek abang suka tidur atas banyak cadar sekali gus ke?" tanya kita yang naif ini.
"Tak ler...tapi awek abang banyak orang. Kalau nak bagi hadiah kena adil..."
"Kalau yang bunga-bunga besar macm tu tak berkenan, apa kata dengan yang ini?" tanya kami menunjukkan pada set cadar yang di sebelah.
"Wow! Kalau yang ni wow! Wow!" itu reaksi spontannya. "Berapa harganya ni?"
"Sama dengan yang tadi, bang. RM17," jawab kami.
Dan dia beli tujuh set...

Sunday, June 6, 2010

FUYO....


Tu perkataan pertama yang keluar dari mulut jiran kami bila melihat cadar ni.
Masa sebut 'fuyo' tu, muncungnya dekat lima inci.

Dia ternyata kagum.

Dia minta suaminya belikan. Tapi si suami yang time tu sibuk dok suruh anak beli rokok, buat derk aje.

Kalau nak kira apa la sangat dengan RM17, yang perlu dibayar untuk memiliki cadar ni. Untuk anak sendiri pula tu. Tapi si suami lebih utamakan rokok yang harganya dekat RM10 sekotak tu.

Agaknya sebab rokok boleh menyebabkan dia mati cepat, tapi cadar tak bawa mudarat.

Biasa la manusia ni... dalam banyak keadaan diaorang lebih suka membeli penyakit daripada mencari penawar...

Saturday, June 5, 2010

BALU MALI PUNYA....


Semalam banyak cadar-cadar baharu sampai.
Design-designnya... mak oii... cun giler.
Kalau ikut hati rasa macam tak nak jual satu pun - semua nak pakai sendiri.
Tapi sesekali fikir, mana boleh macam tu. Tamak haloba namanya kalau semua benda nak bolot sendiri.
Yang sebaiknya, setiap yang elok - daripada makanan sehinggalah perangai dan cadar - patut dikongsi.
Yang tak patut dikongsi ialah segala sesuatu yang tak elok.
Dan kerana hasrat nak berkongsilah maka dengan rendah hatinya kami persembahkan salah satu design cadar terkini kami tu...
Untuk makluman, ia merupakan cadar bujang yang datang bersama satu sarung bantal. Harganya RM17 sahaja... kalau beli banyak, ada diskaun. Lagi banyak, lagi tinggi kadar diskaunnya.

Wednesday, June 2, 2010

LAGI SATU DIVA!

Yang ni pun satu lagi diva.

Sama macam yang terpampang dalam posting sebelum ni, cadar ini juga diperbuat daripada fabrik cotton gred premium.

Kegebuannya memang sukar ditandingi. Macam kata salah seorang pelanggan kami, bila tidur di atasnya, tak bertilam pun rasa macam bertilam...

Harganya?

Sama dengan yang di bawah. Hanya RM45/set. Kalau sewa hotel lima bintang, dengan duit sebanyak itu kita hanya dapat, paling lebih pun suku bilik. Tu pun boleh tidur sekejap aje, esoknya tentu diaorang suruh keluar.

Di atas cadar ini, anda boleh tidur seberapa lama yang anda mahu....